29.10.11

Perlu tunggu ke atau kene cari?

Sana sini borak mesti tanya sudah kahwin ke belum. Yang pasti mestilah ku jawab belum dan mereka kata aku terlalu memilih. Memilih ke? sedangkan aku memang tiada calon untuk dipilih. Aku bukan cantik macam bidadari...yang sentiasa ada orang beratur panjang untuk memilikinya.

Sebenarnya makin umur meningkat makin aku redha tentang jodoh. Jika ada Alhamdulillah. Jika tiada, aku redha. Walau hati ini ingin sangat untuk dimiliki hehe

2 hari lepas borak dengan kawan zaman sekolah. Lelaki. Dia tanya aku bila nak kahwin. Aku bagitau benda yang selalu aku bagitau sama semua orang. Dia bilang takkan ditempat kerja tiada yang berkenan. HUH aku cakap yang berkenan?? Kalau berkenan saja terus dapat dah lama aku buat-buat berkenan hahaha tapi malangnya tiada.

Dia kata aku kene cuba. Zaman sekarang kene open tentang jodoh. Asal berkenan kau cuba tanya. EH gila! malu aku! Kau kene cuba..Insyaallah :)

Arghhhh! perlu ke aku buat macam tu? Sedangkan nak pandang juga harus dari jauh inikan pula nak terus "hai, nak kenal boleh?" huh tak terbuka mulut guer.

Bagi korang macam mana?? Zaman sekarang memang perlu 'ringan mulut' ke?








er....xpelah aku sanggup tunggu.

13.8.11

Salam Ramadhan 13

Sudah 13 hari kita berpuasa.
Kejap sangat masa berlalu sekarang ni.
Kadang-kadang lelah mau lari bila dikejar masa.
Lelah sangat.
Setiap hari membelek kalender.
Sibuk mengira berapa hari lagi hari minggu yang ada sebelum raya tiba.
Kalau dulu semangat juga nak mengemas atau mendeco rumah setiap kali nak raya.
Sekarang mood tu sudah makin berkurang.
Sebabnya sejak adik lelaki aku berkahwin tiada siapa lagi yang boleh aku harapkan untuk membantu *sad
Kan best kalau mak ada menantu lelaki hahahah *gatai
Ok lupakan. Fokus balik apa yang nak disampaikan.
So, sekarang ni cuba bagitau aku.
Apa penyelesaian pada masalah aku?


KataKuncinyaAdalahMALAS.

17.7.11

Tanjung Harapan

Bila kita selalu blog hopping..dan bila kita selalu tengok memasing bercerita kisah JJCM. Adakalanya kita pun turut sama mahu mencuba. Mana taknya bila kita tengok banyakkkkkk blog dah bercerita pasal Tanjung Harapan. Tapi tak tahulah, sebab kat area tu banyak tempat makan. Mungkin tempat yang kitorang pergi ni tak sama macam korang pergi.

Family aku kurang arif tentang jalan-jalan area Klang ni. Makanya ada lah 2 3 kali buat u-turn hehe. Ayah aku tahu tempat memancing je. Tempat makan ni dia kurang arif. Jenuh jugak nak mencari Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan nih. Signboard tak banyak dan mengelirukan.


 Bezday gurl si bongsu Ida

Sotong Goreng Tepung

Sama tak dengan tempat yang korang selalu pergi? ke ada tempat lagi best? share la dekat sini. Tadi kitorang amik lauk Siakap 3 rasa, Jenahak Masak Stim, Pari Bakar, Udang/Sotong Goreng Bakar dan Sayur Campur. Pari bakar paling tak le bla. Keras kejung :(

Ok harga memang tak dinafikan berbaloi sangat. Murah. Tadi kene bayar tak sampai RM200 untuk 5 orang makan. Tapi tu je lah kurang power la huhu

*sorylah dapat kongsi 2 pic je. Pic lain xleh masuk lak.

2.7.11

Dalam diam

Bila kerja 8 jam sehari, 5 hari seminggu. Waktu-waktu hujung mingu adalah waktu yang selalu aku nantikan. Tiba saja hari Isnin. Aku mengharap datangnya Jumaat secepat mungkin.

Hidup aku membosankan. Jika aku tulis segala rutin harian aku secara jujur, pasti kamu akan mengangggap aku orang yang paling membosankan dalam dunia.

Aku mengharapkan hujung minggu hanya kerana dapat bangun lewat. hah kamu mesti dah kata sesuatu tentang aku.

Hujung minggu sajalah aku dapat bangun tanpa arahan jam loceng. Aku suka jika tersedar sendiri. Automatik aku akan segar :) tak liat seperti hari-hari biasa.

ok.

Tak dinafikan aku suka sangat part bangun lewat tu. Tapi hakikat yang aku tak suka adalah aku kebosanan di rumah. Sangat bosan.

Tak tahu nak buat apa.

Bagaikan tiada kawan disekeliling aku.

Keseorangan.

huaaaa tak suka perasaan ni :'(

22.6.11

Hari yang ke-22 dalam bulan Jun

Cepat dan pantas masa berlalu. Pejam celik dah 6 bulan rupanya aku bekerja di tengah Kotaraya. Putrajaya ke Kuala Lumpur. Banyak bezanya. Daripada keluar rumah gelap dan sampai rumah pun gelap menjadi keluar rumah gelap dan sampai rumah masih terik lagi mentari. huhu

Best.

Bila mana kita dapat melihat Kotaraya dengan pandangan kita sendiri. Jalan kaki hampir sepuluh minit untuk ke Stesen Putra Pasar Seni. Melihat para gelandangan di kaki lima. Bau-bauan yang hancing dan hamis di sepanjang jalan.

Ye. Itulah Kuala Lumpur :|

Bila sudah menjadi warga kota. Semuanya kene peka.

Semuanya.

Peka pada sekeliling. Sambil jalan, fikiran dan mata harus jalan juga. Memerhati. Dan disaat itu. Terserempak atau berselisih dengan siapa sahaja aku akan berdebar. Paranoid sungguh.

Penat.

Moga makin canggih kota itu, makin selamatlah keadaan di sekitarnya.


12.6.11

Langkah kehadapan

Setiap hari aku susun langkah. Menuju tempat yang selalu dituju. Sambil fikiran menerawang jauh yang kadang kala cuba aku cari mana langkah aku yang seterusnya. Berkeluargakah aku? Atau sakitkah aku? Susah nak jangka masa depan sendiri. Dan kamu, yang tahu bila dan dimana. Bersyukurlah atas segala hikmahnya :)

Walau masih mencari aku cuba untuk tidak terlalu mendesak. Sebab takde siapa yang mendesak aku. Zaman dah berubah. Tiada siapa akan kisah pasal kau. Janji kau pandai jaga diri sendiri. kan?

Lagi satu,

Sekarang ni, Allah selalu 'tunjukkan' sesuatu. Tunjukkan perangai aku melalui orang lain. Menyedarkan sebenarnya. Sangat menyedarkan dan menginsafkan. Semoga aku tak ulangi perangai jelik itu. Aku cuba. Aku kan manusia biasa.

Harapan aku semoga fikiran semakin matang.

Insyaallah.

(: